Happy Birthday Ira !

Assalammualaikum.

 

Hai geng.. rinduuu nak membebel dekat blog. sampai hampir terlupa kewujudan blog ni. K tipu ! Sejak dua menjak tiga menjak sekolah men-startkan fungsinya. aku tak sempat nak tanya khabar blog. beri salam, and tak sempat jawab salam terus tutup blog. HAHA. k tak lawak.

Tanggal 17 Januari 1995, tepat pukul 9.35 am. terdengar suara bayi yang agak merdu bunyinya dan sangat comel rupanya. HAHA. sebelum kena tumbuk baik berhenti puji diri sendiri. K. 

Yeayhhh, harini dah genap usia aku yang ke 19 tahun. OMG OMG.
aku rasa macam baru je aku nangis masa kecik sebab takut air. sigh. 
aku rasa macam baru je lagi daftar tadika. sampai panjat panjat sebab nak ikut mak balik, tanak masuk sekolah ! nasib baik kecik lagi, kalau tak dah kena sedas pelempang beserta pakej penendang jarak jauh oleh mak aku.
aku rasa macam baru je excited dan bergumbira sebab baru habis upsr. sampai joget joget. punyela gembira. macam baru habis stpm. malu kalau ingat balik -.- ni kalau mak tau, mau disodoknye aku.
aku rasa macam baru lepas ambil result spm. rasa hoyehh hoyehh betul. siap peluk peluk cikgu. padahal naik form 6 jumpa lagi. aduhai.

Sekarang aku tengah berperang dengan stpm. penentu masa depan aku. buat aku teringat perjalanan aku jauh lagi. mungkin ke sana. mungkin ke situ. haihh. wish me luck ebelibadi ♥

Tenkiu sesiapa yang sudi wish birthday. sama ada di fb, wechat or SMS. jasamu kukenang ♥
Doakan aku juga. May Allah bless all of youuu ♥

Kbai. Assalammualaikum.



♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

4 comments:

wan niahix said...

Happy Birthday Ira... hehehe...

"Keep Smiling"
^_^

Saljiah Zafirah said...

happy birthday n gud luck your stpm =),
jemput singgah blog sy ...weee

Nisa Greennnpanda said...

hepi belated b'day ira~!!!! ^_^

zareliqa afiqa said...

Happy belated birthday yunk ^_^