Zaman Kecomelan + Zaman Budak-Budak = Sekolah Rendah.

Assalammualaikum.

 

Petang tadi jalan jalan makan angin dengan member. lalu pulak depan sekolah rendah ni. alahai, rindunya dekat zaman budak budak dulu. zaman time kecomelan terserlah. zaman rasa kita paling kecik masa tu.

tiba tiba teringat kenangan masa sekolah rendah dulu.
aku tak kisah langsung time belajo. pergi sekolah main kejar kejar. balik sekolah goyang kaki tengok sailormoon, takpon dragon ball. petang, keluar main galah panjang dengan kawan kawan. lepastu, time maghrib.. sebelum mak menjerit, lari pi solat dulu. pastu dah ngadap tibi nak tengok doraemon punye pasal. habis tengok doraemon, kalau mak tak tanya memangla lupa pasal homework, dan memang tak buatla aku. dah siap, pi solat isyak pulak. salam tangan mak ayah and tido ! Heaven.

happy je time sekolah dulu. kau tak fikir nak bercinta ke hapeh. tak fikir balik rumah nak on laptop. sign in pesbuk or twitter. yelah, dulu manalah ada menda alah ni sume. tak macam sekarang. kekadang aku tengok pesbuk. tengok wall bebudak. "eh, muka macam budak budak. berapa umur budak ni?" tengok tengok darjah 5. aku rasa macam nikmat bermain pada waktu petang dorang macam dah hilang. HAHA. k tak lawak.

Kalau dulu, time rehat je. mesti ajak kengkawan pi main tiang. err.. bukan tarian tiang. tapi mende alah ni

http://4.bp.blogspot.com/-OPzIp1fF6_Q/T4PQRQ92WGI/AAAAAAAACNs/dKyfFMBJQTY/s1600/main+tiang.jpg 
kalau dulu, tibi tu sebagai tempat kau nak tengok kartun 24 jam. kalau sampai 25 jam maka 25 jam la kau layan sampailah Cik Puan Emak meradang kau tak reti reti nak belajar. takdela nak tengok mr. arrogant ke diandra ke jangan tidur lagi ke. tak layannn.

Dulu, kau nak pegang henpon sendiri memang tak dapatla kan. walopon the legend one 3310 ! Cik Puan Emak memang tak bagi guna. so jeling jeling jela dengan member yang ada henpon sendiri. masa tu memang aku fikir, untungnya dorang untungnya dorang. masa tu main game snake pon pinjam member. bila dapat high score je memang dah bangga sangat dah. rasa macam nak jadikan reason kenapa Cik Puan Emak perlu belikan aku henpon. akhirnya sampai aku naik sekolah menengah tak dapat henpon. 

Dulu, time UPSR belajar macam nak tanak. lagi sebulan nak exam, aku boleh rilek goyang kaki sambil makan coki coki 5 batang. bila dah malam, kau nak tidur dengan aman ? memang tak. Cik Puan Emak paksa aku jawab soalan past year. sampai aku rasa masa tu macam nak nyorokkan segala jenis buku aku. sampaila tiba tiba blackout, dengan peluang tu, aku lari masuk bilik. nak tidur kononnya. masa tu, aku berterima kasih dengan TNB. Tapi kau fikir sampai esok ke blackout. memang ke-heaven-nan yang kau rasa tadi dah ditarik balik. dan Cik Puan Emak sekali lagi menggunakan kuasa veto untuk aku study.

Dulu, aku rasa jadi pengawas sekolah dah cukup bangga. sebabnya inilah masanya kita nak membuli ye kawan kawan. kekadang bila cikgu ada mesyuarat. mesti pengawas kena jaga kelas masing masing. masa tu, memang gila kuasala. HAHA. k tak lawak. dengan riaknya dok cakap, "siapa bising. aku tulis nama" so semua dah gelabah. aku pulak pi papan hitam. ambik kapur. garis panjang. sebelah kiri lelaki, sebelah kanan perempuan. kalau dekat perhimpunan pulak. bangga jalan antara barisan tuu. sampailah aku ingat lagi. ada sorang budak ni aku tengok macam tak reti dok diam. apa lagi. aku cubit la lengan dia. tiba tiba dia pengsan. kau tau aku memang dah cuak masatu. aku ingat aku penyebab dia pengsan. rupanya dia memang tak boleh berdiri tengah panas lama sangat. grrr.
 
Zaman persekolahan, zaman yang paling menyeronokkan. so, sekolahla sampai habis ! ♥
 kbai. Assalammualaikum.

Nota kaki : kalau ambil UPSR balik, agak agak boleh jadi best student tak ? :p






♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

1 comment:

sha dhira said...

salam dear, ole2 dari korea from : http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2013/11/counting-to-korea-day-to-go.html
pm alamat sini : https://www.facebook.com/pages/Aku-vs-diA/158921214214392