"Aurat perempuan sampai mana? kenapa tak pakai stokin?"

Assalammualaikum.


Tertarik dengan status ni. tentang pemakaian sarung kaki aka stokin comel.
 Actually, aku adalah salah sorang pemakai stokin. Tapi kira baru jugak, akhir tahun lepas lebih kurang.

Dulu, memang tak pakai.. rasa macam rimas je. Tapi ada sorang member pakai. dok tengok dia pakai.
terfikir dia tak rasa rimas ke ? aku yang nengok ni rasa rimas. 

lepas tu, adalah satu hari menilik kaki sendiri. macam tak cantik je, macam tak cantik je. sebabnya kaki banyak luka-luka. so, sebab malu punye pasal.. pergilah pakai stokin. pinjam mak punye. 

lama lama pakai.. eh? selesa gila kot ! tengok kaki sendiri. macam cantik je macam cantik je. comel je. HAHA perasan. kalau tak pakai stokin bila keluar mana mana rasa macam malu je nak keluar. serius !

kalau nak kata cabaran nak mengekalkan tu, tipula kalau takde. mestila banyak.

Cabaran1,

Time hujan.. member dok cakap.
 "dahla ira, bawak bawakla bukak stokin tuuu. kan basah"
aku pulak buat tak tahu je.. tengok kaki sendiri and terus jalan.

Cabaran 2,

"Eeeiii.. pelik je kau ni. pakai seluar tracksuit dengan tshirt tiba tiba pakai stokin pulak?"
aku.... "kenapa? kaki kan aurat jugak" buat muka innocent sambil kelip kelip mata terus blah. 
comel je aku rasa buat mata cenggitu. k tak lawak.

ada banyak lagi sebenarnya.
tapi bila dah pakai sarung comel ni banyak pekdahnya..
ada orang bagi stokin free.. and orang sekeliling kita terutama lelaki lebih hormat dekat kita. sweet kan? ♥

so, for gugurls yang belum pakai. cubalah pakai. berubah slowly. mesti rasa selesa + nikmat sangat sangat sangat ♥ haa.. amek kau.

Sebelum tu, yang buat aku sedar.. ada someone ni dok cakap dekat aku,
"aurat perempuan sampai mana ? kenapa tak pakai stokin?"
okey, aku macam tergamam sekejap. Errrr...

Lastly, aku bukan nak tunjuk aku baik sangat. aku banyak kurang sana sini. banyak sangat. cuma cerita sekadar nak berkongsi saje. harap jangan salah sangka.

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/14912_262519440546164_1421455422_n.jpg

pesanan terakhir, wa kenal mak lu ! 
kbai. Assalammualaikum.

Nota kaki : Jom kita berubah ! ♥





♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

3 comments:

Lyeen De Syifa said...

lyeen dlm proses ke arah ni..smoga dipermudahkan..

Eimma Esmail said...

akak pun baru berjinak-jinak pakai stokin..huhuh.. salam kenal dik ;)

Afiqah Adzan said...

fyqa pun belum Istiqamah lagi dalam pemakaian stoking ni..Semoga entry menyedarkan ramai lagi muslimah diluar sana