15 Situasi Yang Membuatkan Aku Bengang !

Assalammualaikum.

http://2.bp.blogspot.com/-oIihDc7sLCE/TqpYfZAhTKI/AAAAAAAABIQ/GwBqSpiwLMY/s320/bengang+gila.jpg 
Garang sangat kartun ni.

1)  Aku bengang bila aku dok panggil someone berulang kali sampai nak tercabut anak tekak. tapi dia boleh buat tak layan sambil makan kuaci. bila aku pergi dekat dia, "weyh, aku panggil kau banyak kali yang kau tak reti pandang kenapa?"
dia.. "eh, yeke? aku tak dengar" kalau sekali takpe. ni banyak kali. grrr.

2)  Aku bengang bila aku nak tengok satu movie tu dengan aman, tapi tiba tiba member dok cerita dekat aku lepas ni apa jadi. grrr.

3)  Aku bengang bila aku beli aiskrim malaysia, RM3 bersamaan dengan 15 batang. ada orang cakap, "amboi banyaknya beli. nak buat kenduri ke hapeh" ehhh, sukatilaa.. duit aku !

4)  Aku bengang bila aku tengah syok syok nyanyi tiba tiba ada sorang nyampuk. bila aku tukar lagu dia tukar jugak lagu yang sama aku nyanyi. aku.. "weyh, yang kau ikut aku nyanyi ni kenapa?" dia.. "ala, tak sengaja"

5)  Aku bengang bila aku pergi kedai makan. order. tunggu. tapi tengok tengok orang yang order lambat. dapat makanan dulu. eh, apehal ni !

6)  Aku bengang bila aku pi kedai kasut. pilih kasut. "kak, saiz yang colour ni ada tak?" dia.. "dua dua nak kasut colour yang sama ke?" aku terkebil-kebil. "errr...yelah !" wahai kakak, takkan nak biarkan saya pakai kasut sebelah lain kot. Errr... 1st time kot aku pi kedai kasut orang tanya gitu.

7)  Aku bengang bila aku penat penat buat kerja. then, orang tanya, "Eeeii, cantiknya. bagusnya idea. Siapa yang buat ni?" orang lain jawab, "Heee... saya" sambil tersengih. Kau tauuu... aku rasa macam nak letak bom dekat badan dia. lepastu, baling jauh jauh. puiiiii.

8)  Aku bengang bila orang cakap, "eh, aku study semalam je tau. last minute. tapi markah aku lagi tinggi dari kau ni" aku... "Alhamdulillah, kalau kau study awal awal mesti kau dapat A !" grrr...

9)  Aku bengang bila... "Weyhh, kau rilek je ni. Apsal tak buat kerja?" dia... "eh, aku kan boss. aku arah je korang buat kerja"
aku.. "Eeeii, bagusnya bagusnya. Alhamdulillah. Allah kurniakan aku seorang ketua yang sangat bertanggungjawab ni" grrr.

10)  Aku bengang bila aku eksaited dok menunggu movie habis di-download. tiba tiba ada orang tutup wifi. yeayhh. sukanyaaa ! terima kasih ♥

11)  Aku bengang bila aku tengah syok bercerita dengan member, pastu dia boleh cakap, "Kau fikir aku nak layan muka kau?" ok, sentap. takpe takpe.

12)  Aku bengang bila aku dah tunggu empat jam men-download movie. lepastu 90%. ok, eksaited. tunggu. 100%. sorry, the file is not found.

13)  Aku bengang bila member dok sibuk nak ukur tinggi dengan aku. grr. ye ye. aku tau aku pendek ! =.='

14)  Aku bengang kenapa semalam member aku dengan bahagianya bercerita mereka dapat topup free, RM3, RM7, RM15, RM20 !! dan aku hanya mampu terkebil-kebil sahaja.

15)  Lastly, aku bengang bila aku ingat balik benda yang aku bengang ni ! -.-'

kbai. Assalammualaikum.
 

Nota kaki : Ketahuilah anda. Semasa menaip entry ni aku tengah bengang !

♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

2 comments:

husna zahidi said...

hehehe..husna xdela bengang sangat cuma sentap sikit je..=D

Lyeen De Syifa said...

hahahahahaha....xleh blah yg no 15..hahahahaha......