Suami Beli 55 00 Baju Untuk Isteri Dalam Masa 56 Tahun !

Assalammualaikum.

Sudah berabad aku tak update belog, okey tipu. Jangan aku lupa cara nak update blog sudahla. Okey, tak payah mengarut. Hal ini demikian kerana. Tak payah nak demikian sangat kan. Aku kekeringan idea dan masa yang sangat jeles. Mengada.

Paul Brockman (78) ialah seorang suami yang mahukan isteri beliau kelihatan cantik setiap hari. Sejak berkahwin 56 tahun yang lalu, Paul sudah membeli 55 000 pasang baju untuk isteri beliau dan membelanjakan 1.5 Juta Dollar! Menurut Paul yang kini tinggal di California, beliau mahu isteri beliau kelihatan cantik setiap hari dan akan membeli lebih dari sepasang baju sehari. Lama-kelamaan koleksi baju yang dibelikan memenuhi ruang simpanan untuk 7 kontena kargo. Yang menariknya ialah isteri Paul, Margot banyak kali memberitahu suami beliau supaya berhenti membelikan dirinya baju baru tetapi Paul berkeras. Tabiat aneh ini berjaya disorokkan dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Anak beliau sendiri baru mengetahui akan “hobi” bapa beliau beberapa tahun yang lalu. Kini koleksi 55 000 pasang baju ini akan dijual. Paul mengaku ada baju yang dibeli tidak pernah dipakai oleh Margot. Beliau menjual baju yang dikumpul selama berdekad lamanya ini kerana sudah tidak ada tempat untuk menyimpannya. Beliau juga sudah dua bulan tidak membelikan baju baru untuk Margot. 


http://3.bp.blogspot.com/-nyvewAAWE1c/UiZMoRsL32I/AAAAAAAAhC0/NOQ1aQfeYV8/s1600/Desktop219_01.jpg 


Copy 200% !

Nota kaki : pelik. tapi bestnya.. hari hari pakai baju baru xD

♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

No comments: