Murid Darjah 5 Jual Diri ?

Assalammualaikum.

 
 *takde motif

Hai.. gua tau gua dah lama tak update blog. bukan hapeh. time aku tak log in blog macam-macam cerita aku nak cerita dekat sini sampai aku rasa aku kena list dulu. * eceh macam ada orang nak baca ye dak ?* tapi bila aku dah log in siap dah beri salam bagai semua. terus hilang segala bahan yang aku nak story. dia terus jadi macam ni *krik krik krik* okey, tak lawak. 

Haritu tengah duduk bersembang dengan my mom. tiba-tiba beliau ceritala pasal anak-anak murid beliau. *misteri sangat kan -.-'* 

"tadi anak murid mak cerita.."

"cerita apa mak?" nampak gelojohnya.

"ada budak darjah 5 jual diri. "

hambik kauu.. mahu aku nak tersedak bagai. jual diri ? ke tawar diri ? tawar diri kottt... aku pon sempatla ambil cotton bud sebatang dua. bagi meng-clearkan. kot-kot aku salah dengar ke hapeh kan. okey, tipu.

"jual diri ? biar betul ! " 

woiii, darjah 5 kot, kau fikir aku dengan sewenang-wenangnya nak percaya. *haaa, bahasa melayu sangat ayat aku*

"betul.. anak murid mak aka kawan dia yang bagitau"

"jual macam mana mak ?"

"budak lelaki yang nak pegang or nak tengok 'yang atas' kena bayar.. 'yang bawah' pon kena bayar jugak"

okey gempak ! ternganga aku dengar. biar betul ? for sure, kalau korang yang dengar pon, mau jatuh rahang, mata terbeliak, lidah terjelir bila dengar kan. okey, macam gempak punye cerita.

tapi bagi aku, aku terkejut gila. nasib aku tak kenal budak tu. kalau aku kenal mau aku bagi ceramah percuma 7 hari 7 malam aku bagi beliau. 

yang membuatkan aku tak percaya.. budak tu baru darjah 5 or 11 tahun ! yang aku rasa kecik sangatla. zaman aku dulu. aku rasa nampak lengan sikit pon. aku dah malu gila. macam nak balik pkai topeng superman adik aku. 

nasihat aku untuk adik adik.. walaupun aku ni kecik or tahap ketinggian aku lebih kurang korang. okey, takde kaitan. tapi, dengarla nasihat aku. ceh, macam nak mendeklamasikan puisi cara dia. nampak, ayat SPM aku dah keluar..

Bagi seorang perempuan, maruah diri memang penting. malah dijunjung. jangan sampai korang menangis menyesal. time tu, dah takda siapa yang boleh tolong. melainkan family kau especially mak ayah korang. walaupun aku rasa memang hati dorang dah terhiris, terguris dan segala jenis ter lagi yang korang dah buat. please girls.. jaga maruah diri even kalau kau perlu junjung. Sila junjung !!! 

kbai. Assalammualaikum.


♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

No comments: