Sebenarnya Dia JPJ saya !

Assalammualaikum.

Sebelum tuu, jom tekan SINI !

 

Al-kisahnya bermula pada tanggal 10 Jun 2013 *Okeyy, aku baru terkedek-kedek bak itik pulang petang nak taip entry. Sesungguhnya aku tersangatlah cuak bila menunggu ketibaan hari JPJ tu ! 
Sampaikan aku makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah *okey, tipu.

Bila dah tiba harinya tu, mula-mula aku rilek je lagi siap main game angry bird bagai. Lepas tu, bila tengok muka-muka ketat pakcik JPJ tu.. okey, fine ! aku memang tak boleh duduk diam sampaikan aku rasa macam nak maraton je dekat keliling tempat lesen tu. Dahla, nombor giliran aku 14 ! cepat giler katekoooo !
macam nak pecah dada aku sampaikan aku rasa macam ambil jantung aku letak sebelah kejap. Rilek dulu sambil makan lolipop lepas tu letak balik.

Mula-mula test bukit, parking, 3 penjuru. Aku punye cuak rasa macam nak guling-guling je kat situ. Tapi nasib baik aku dapat control keayuan aku disitu. Then, kebanyakan sebelum aku gagal dekat bahagian bukit and yang paling haru semua lelaki okeyy ! So, aku bila sampai turn aku. Aku taknak mencipta rekod sebagai perempuan pertama yang gagal. Walaupun selalunya benda yang pertama itu harus dibanggakan. Tapi aku tetap taknak walopon aku dipaksa or dibayar sekalipon. *Okey, aku buat lawak. Silalah gelak -.-'

Alhamdulillah, aku lulus dengan jayanya. Then, test dekat jalan raya. Aku tak sempat nak panaskan punggung aku. Orang tu dah panggil. Memang tak terkira berapa banyak aku baca bismillah. Setelah beliau aka pakcik JPJ diam dengan lamanya. Tiba-tiba dia bersuara memperdengarkan suara machonya...

"Dik, kau nak aku bawak ke apa? Dah lama aku perati nie.."

Okeyy, tak lawak okey bila beliau cakap begitu. Aku cuma diam jela. Psycho habis. Then, dia membebel-bebel. Tiba-tiba dia cakap....

"Dik, maaf dik. Kau memang bawak sampai habis. Tapi kau terkandas."

Okey, ini gempak ! Aku cuma senyum kelat-kelat jela kan. Takkan aku nak maki hamun kot pakcik JPJ tu. Mau aku kena humban dekat luar. *Okey, aku tak buat lawak. Takya susah-susah gelak. Dalam otak aku ni cuma dok fikir..

"Aduhhh, duit lagi.. mana nak cari duit ni"

Tapi pakcik tu meneruskan sesi membebelnya pada aku. Aku ? Redha jela. Aku ni jenis kalau kena marah aku diam jela. Memang takkan menjawab walopon sedikit.Tengah aku dok sedih. Layan feeling yang kebetulan hafiz tengah menyanyi lagu sedih dekat radio. Aku memang tak amik tau langsung pasal pakcik JPJ sebelah aku. Aku rasa macam nak berhenti tepi and offer dia yang bawak. *Nak merasa jugak jadi JPJ.
Tiba-tiba dia panggil nama aku. Okey, terkejut. 

"Shahira, awak dengar tak saya cakap ni ?!"

"Ha?? ye ye saya dengar.."

Cakap je aku dengar padahal apa benda dia cakap sepatah aku tak dengar. Okey, tipu. 

Bila dah sampai tempat lesen tu, dia suruh aku sign kertas yang dia dok menanda nanda tuu. LULUS !!
Aku rasa macam nak melompat-lompat and nak bawak kereta tu balik lalu jalan B pulak. Lepas tu, nak keluar amik henpon and snap sambil buat duckface dengan pakcik tu, sambil buat caption..

"Sebenarnya dia JPJ saya.."

Nota kaki : Silalah dengar kalau orang bercakap dengan kita.




♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

1 comment:

kacang said...

Tahniah!.hehe..teringat masa sy JPJ dulu=D