Mak Aku Tipu Aku Ke?

Assalammualaikum.

http://trigyy.com/wp-content/uploads/2012/03/TRIGYY-COM-puasa.gif 

Hari ini dah seminggu lebih kita berpuasa. Tahniahla kan sesape dapat puasa full. Aku cuma nak cakap 'untunglaaa' dan silalah menyesal terutama bagi lelaki yang tidak berpuasa itu. 
Kalau cakap puasa, kompom ramai yang teringat balik kenangan puasa masa dulu dulu kan !

Flashback

Masa mula mula belajar puasa..

"Mak, nak buka boleh tak mak?" 

sambil tercebik cebik mintak simpati. *comel kan kan ! :p
Tapi, kau fikir dapat ? Mak aku dengan selamba sambil membaca surat khabar menjawab..

"kejap lagila. Dah nak buka dah ni "

Kau tauu betapa hancurnya hati aku masa tu. Dengan perasaan mendung *hamboi, bannga cikgu BM aku.
Aku pergila mengkhatamkan komik doraemon.

2 Jam Kemudian *memandai je 2 jam ! 

Dengan perasaan gumbira sambil pecut 100 meter berpagar dan setelah aku menghadapi halangan untuk sampai ke tempat mak aku. Akhirnya, sampai jugak ke tempat yang nak dituju. Fuhhh !

"Mak, dah boleh buka ke? Boleh ke? Boleh ke?"

"Belum, sekejap lagi baru boleh"

Keciwa betol katekoooo ! Setelah aku tanya soalan yang sama sebanyak 7 kali, jawapan yang sama aku terima. 

Sampai aku dah beso gedabak gini, barulah aku sedar mak aku tipu aku. Sedih :'( bahahaha.

Agaknya kalaulah aku dah beso, tanya soalan gitu. Mau mak aku kejar aku dengan batang pisang dan sempat tawaf 7 kali keliling rumah.

Flashback 2

Dulu time kecik kecik pi sekolah. Kekadang selalu kena buli dengan member *innocent kan aku dulu.
Bila kena kacau, apa lagi.. melalak lerr aku. menangis ! bila menangis, member dok cakap..

"Eeeii.. menangis. Batal puasa kau !"

Dengan ke-innocent-nan aku time tuhh. Aku punya dok bersusah payah terkebil-kebil pandang ke atas nak tahan nangis punya pasal.

Mesti semua ada kenangan masa kecik kan ! Comel je rasa :p






♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

2 comments:

fiza saiza said...

hahahaaa...comel sangat time nak minta buka puasa dengan mak kan... :)


singgah & follow disini :)
If free boleh singgah kembali..
http://fizasaiza.blogspot.com/

Fiqa Nsz said...

haha macam sama je. XD