Kau lelaki ke perempuan dik ?

Assalammualaikum

Sebelum tu, Jom tekan SINI !

 

Tersebutlah kisah pada 20hb Jun 2013 *semalam okeyy. Sekolah aku hari sukan sekolah + hari keusahawanan pada hari dan waktu yang sama. Then, masa nak buat pengumuman siapa yang menang siapa yang kalah. Ada satu group budak perempuan, aku rasa form 4 kott. Aku pon manalah kenal sangat bebudak ni. Aku seorang senior yang baikkk kan? Ok, ini gempak.

Masalah utama yang aku nak sampaikan ialah aku sungguh amat sangat tak berkenan dengan perangai dorang. *ohh, teruknya tatabahasa aku. Aku cuma nak menggambarkan betapa tak berkenannya aku dengan perangai mereka :)
Dorang bukanlah musuh aku, aku ni baikk okeyy ! tak pernah bergaduh-gaduh dalam sekolah. -.-'

Ok, straight to the point. Bila time rumah sukan dia menang. Cara bersorak dia macam JDT jaringkan goal je. Aku tau dia excited. Tapi dia perempuan kot. Lelaki pon tak bersorak macam dia. Aku dahla tengah panas sejak jerebu ni, tengok perangai dia makin panas macam duduk depan unggun api pulak.

Aku dah mula fikir nak rebus dia dalam periuk panas je biar dia rasa betapa panasnya hati aku. Atau pon yang paling teruk aku terfikir nak buat pon spin dia dalam washing machine 7 kali lepas tuh letak softlan 3 botol. *grrr

Aku cubalah mendiamkan diri nak tengok permainan dia. Makin aku biar makin menjadi-jadi bak barah yang menular dengan pantasnya. amboi ayat, bangga cikgu BM aku. Sampaikan aku terpaksa tengok kapal terbang dekat langit nun untuk mereda kan sakit hati aku. ufthhh.

Setelah beberapa minit aku tengok dia macam tak reti nak diam, aku mulalah memperdengarkan dorang suara aku yang merdu ni.

"Dik, akak tau rumah kau menang. Tapi diam sikitla"

Ok, aku memang seorang kakak senior yang berhemah okeyy ! HAHA. ok, tak kelakar. Mula-mula aku rasa kira-kira awal 5 minit dia diam la kan. *ok, aku bangga bila dapat mendiamkan dorang. siap angkat-angkat kening dengan member sebelah. Tapi tak sempat nak tunjuk puas hati aku tetibe dia main balik. Boleh hilang deria pendengaran aku saat dia mengeluarkan suara ala-ala bini tarzan. *grrr

Member aku pon dengan lagaknya pergilah depan dia. Tenung dia lama-lama and blah. Okey, itu tak lawak gila ! Itu psycho okeyy.. Tapi still tak boleh menguncikan mulut dia tuu.

Bila hati aku dah panas, duduk pon macam dekat depan unggun api. Aku mula mempamerkan suara lunak aku sekali lagi.

"Dik, akak bajet kau nanti takde suarala seminggu ni. Terjerit-jerit. Tak penat ke?"

Dengan jayanya aku dapat menggamkan mulut dia ! Aku bukanlah nak tunjuk psycho ke hapeh kan. Tapi kau perempuan dik. Tak manislah terjerit-jerit terpekik-pekik macam cik ponti. Cik ponti tu pon sopan kot jerit sensorang bukan depan lelaki even dia nak menakutkan lelaki. Ok, tak kelakar.

Nota kaki : Walopon korang ada dekat mana-mana mahupun dekat stadium tengok bola. Silalah hormat penonton lain. Jangan memalukan diri sendiri terutama perempuan.




♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

2 comments:

F@!3AL said...

bwahahaha....klaka la ayat ko nie, buat cerita nie menarik.....

Topik said...

menarinya cerita untuk dibaca sampai habis. Salut...