Pelagak ngeri maut ketika beraksi !

Assalammualaikum.
Salam semasam manis strawberry.

Jom klik SINI dulu !
 

Kolkata: Seorang pemegang rekod dunia Guinness kerana melakukan lagak ngeri menggantung dirinya dengan rambut untuk jarak paling jauh, terbunuh ketika beraksi, kata pihak berkuasa semalam.
Anggota polis India, Sailendra Nath Roy, sedang cuba menyeberangi Sungai Teesta di Bengal Barat menggunakan wayar setinggi 180 meter kelmarin.

Selepas mengikat rambutnya ke wayar berkenaan, Roy, 49, berjaya bergerak sehingga pertengahan jarak tetapi dia tersangkut tidak lama kemudian.
Insiden itu menyebabkan dia gagal bergerak.


Orang ramai yang menyaksikan aksi itu pada awalnya bersorak memberi semangat kepada Roy tetapi kemudian menjerit ketakutan apabila dia kelihatan terdesak untuk terus bergerak.

Jurucakap polis berkata, Roy menggelupur untuk terus bergantung di wayar berkenaan dan sampai ke hujung tali.
“Selepas 20 minit, dia kaku dan akhirnya diselamatkan polis,” katanya.

Tiada sebarang doktor atau ambulans disediakan di situ.
Selepas dimasukkan ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, Roy disahkan mati dan doktor percaya dia mengalami serangan jantung. - AFP


Nota Kaki : Banyak lagi kerja berfaedah lain yang boleh buat.


♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

5 comments:

zulhilmi tempoyak said...

mungkin dengan rekod ni sbnrnya dpat bg rezeki kat kluarga dia kot.. :(

Amanina Sofea said...

kesian..mungkin sudah ajal dia

Hijab Valley said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog HV. Banyak koleksi shawl dan tudung2 menarik. Promosi dan GA jg sedang diadakn sempena pembukaan blog shop ini. jangan lupa follow jg ye.. :)

Terima kasih
~ Hijab valley ~
http://hijab-valley.blogspot.com

Nasuha said...

Ajal dtg tak d sangka..

Sya Chot .. said...

fuuhhh takutnya..dah sampai ajal tu..:)