Kes Lahad Datu: 'Saya rela mati lawan pengganas'

Assalammualaikum !
Salam semasam manis strawberry xD
Sebelum baca, klik SINI dulu boleh ? :)

Arfian

LAHAD DATU - "Saya sedia mati lawan pengganas," itulah yang diluahkan penduduk Kampung Sungai Merah, Arfian Arsad, 31, ketika ditanya mengenai pencerobohan pengganas Kiram ke kawasan kampungnya sejak pertengahan Februari lalu.

Menurutnya, akibat terlalu marah dan menyusahkan kehidupan penduduk, dia sanggup berhadapan dengan pengganas hanya bersenjatakan parang dan jika terpaksa, berlawan menggunakan tangan kosong.

Katanya, keberanian meresap dalam diri apabila mendengar dua perajurit negara terkorban di Kampung Tanduo, 1 Mac lalu.

Dua perajurit yang terkorban itu adalah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46, kedua-duanya dari VAT69.

"Saya betul-betul sakit hati, saya sudah tidak tahan, saya nekad untuk bunuh pengganas kerana perwira kita telah terbunuh.

“Sejurus selepas pertempuran itu (1 Mac), saya terus arahkan ibu, bapa dan adik beradik saya lari meninggalkan kampung ini, saya mahu tinggal bunuh pengganas,” katanya.

Arfian berkata, pada mulanya dia mahu pergi ke Kampung Tanduo untuk membunuh pengganas, tetapi pasukan polis yang mengepung kampung tersebut tidak mengizinkannya masuk dan hanya membenarkan dia tinggal di rumah.
 
 
Jom klik SINI ! Bersedekah itu amalan indah dan comel ♥
 
Nota Kaki : #TabikHormat !

♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

baguslah sekiranya ada niat begitu nak mempertahankan negara... btw... dijemput untuk join...

http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway_6.html

Noraqilah Johari said...

seriously sedih sgt ada yg t'korban..semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg mati syahid..insyaAllah

salam ukhwah :)
http://noraqilahjohari.blogspot.com/

Sya Chot .. said...

perhh semngat betul dia ni..bgus2..kalau la semua rakyat mlysia berjiwa mcm tu..:) Cinta pada Malaysia..