Datuk Lee Chong Wei Bergelar Bapa Hari Ini

Assalammualaikum !
Salam semasam manis strawberry xD
Sebelum baca, klik SINI dulu boleh ? :)
 
Nampaknya hari ini akan menjadi hari bersejarah untuk pasangan pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mew Choo kerana bayi pertama mereka akan lahir.

Mew Choo dijadualkan untuk melahirkan anak lelaki secara pembedahan hari ini, dan bayi pertama mereka itu bakal diberi nama Kingston.
 
 
Perkahwinan pasangan popular ini telah diraikan dalam majlis gilang-gemilang November tahun lepas. Chong Wei dilaporkan sebagai berkata yang dia berharap kelahiran bayinya akan member semangat baru dalam mengejar kejuaraan dunia, terutamanya selepas kekalahan beliau di Kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini. 

Sukar untuk saya tinggalkan Mew Choo sendirian, terutamanya pada tahap kandungannya sekarang. Dia sangat memahami dan meminta saya fokus kepada pertandingan, tapi saya asyik fikirkan dia dan anak kami.
Ramai fikir saya tidak sepetutnya bertanding untuk Kejuaraan Terbuka Australia.
Sebagai seorang pemain, saya dah merancang banyak perkara untuk setahun. Saya buat keputusan untuk sertai Terbuka Australia, jadi saya perlu menerima kekalahan. Tapi jangan risau, saya dah buat keputusan untuk fokus pada satu misi saja, iaitu menjuarai Kejohanan Dunia di Guangzhou (pada bulan Ogos).
Bukan mudah untuk mengekalkan status saya sebagai pemain badminton nombor satu dunia sepanjang empat tahun lepas. Saya terpaksa berhadapan dengan semua jenis pemain – tua atau muda – yang semuanya nekad untuk mengalahkan saya.
Ia sukar dan mencabar. Saya perlu terus berlatih dengan keras untuk mengekalkan stamina dan terus memotivasikan diri. Ini ialah kerjaya saya dan saya gembira kerana Mew Choo memahaminya.


Jom klik SINI ! Bersedekah itu amalan indah dan comel ♥

Nota kaki : Semoga kehadiran baby Datuk Lee Chong Wei, dapat memberi semangat kepada beliau 
 

♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

No comments: