#Review : Batu Bata Kehidupan !

Assalammualaikum !
Salam semasam manis strawberry xD

Aku tau buku ni dah diterbitkan lama dah.
Tapi cuma aku je baru terkedek-kedek nak beli :p
Sebelum baca, klik SINI dulu boleh ?

http://langitilahi.com/pustaka/2011/04/Buku-Motivasi-Batu-Bata-Kehidupan-cover-depan.jpg

Batu Bata Kehidupan ♥ 
 Tediri daripada tiga mauduk utama iaitu Allah, Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur 'bangunan kehidupan' setiap insan.

Kebanyakan bab terkesan dalam hati ;)
Salah satunya..

Ahsanu Bukan Aksaru ?
Ayat 2 dari surah al-mulk bermaksud :
Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang terbaik amalnya; dan Dia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Allah menggunakan kalimah ahsanu (terbaik) bukan aksaru (terbanyak)
Kenapa terbaik ? Kenapa bukan terbanyak ?

Biasanya, kita melihat orang yang menderma RM1 000 lebih pemurah daripada orang yang menderma RM10 bukan ?

Biasanya kita nampak orang yang solat tarawih 20 rakaat, kita akan katakan dia lebih baik daripada orang yang solat tarawih 8 rakaat.

Tetapi..

Adakah 20 rakkat solat yang dilakukan secara tergopoh-gapah ataupun tanpa wudhuk lebih baik daripada 8 rakaat yang dilakukan dengan tenang, teratur dan wuduk yang sempurna ?
Adakah RM1 000 yang didermakan dalam keadaan terpaksa atau menunjuk-nunjuk lebih baik daripada RM10 yang didermakan dengan ikhlas, dalam keadaan tangan kanan menghulur, tangan kiri tidak mengetahui?

p/s : kadang-kadang terkena dekat batang hidung sendiri :p

Jom klik SINI ! Bersedekah itu amalan indah dan comel ♥
Nota kaki : RM25 only :) Ia murah bagi orang yang ingin memantapkan iman dan comel  xD


 

♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

1 comment:

evo11 said...

http://tranformasisemasa.blogspot.com/