Pelik Tapi Tetap Comel

Assalammualaikum !

ira nak sangat join aktiviti GF ke-8 ni..
sementara tengah free ni,
nak join tekan banner !



ira tak tau beza comel dengan pelik macam mana..
gabungkan boleh tak ? bolehkann...

~ ira manusia yang paling malas nak angkat telepon.
tak taulah kenapa,boleh pulak buat tak tau je..
bila bunyi telepon... ira lari,bukan lari nak angkat..
tapi lari nak menyorok daripada kena angkat,isk isk
baru sekarang rasa macam zalim je...

~ ira tak suka makan ketam dengan udang..
bukan sebab alergik,tapi memang tak minat...
bila orang cerita pasal udang dengan ketam,
ira tengok orang lain boleh buat muka teruja
tapi orang tengok ira macam tak de perasaan,kenapakah ? hihi
even,isi pon tak tau nak makan dekat mana !

~ ira sangat takut + geli dengan katak !
ufth ! adoi...
bila katak tu melompat,ira cepat cari kerusi..
bukan nak belasah katak tu,
tapi nak diri atas kerusi tu... haha
sambil panggil mak suruh tolong buangkan,hee~
sekarang tengah risau !
sebab cikgu cakap nak bedah katak !
cet ! kena fikir cara nak larikan diri ni..
buat-buat pengsan aci tak ??

~ ira suka baca newspaper dari belakang.
sape yang baca dengan ira kompom berangin
dahlah baca pasal sukan dulu,baru pasal gosip..
baca pulak satu-satu.
macam budak baru belajar mengeja.

~ ira tak reti speaking jawa
bila balik kampung then mak cik cakap jawa dengan ira,
ira cuma boleh tayang sengih dengan angguk-angguk,geleng-geleng je,
baran betul mak cik tuh ! haha

~ ira sangat suka warna pink and orange !
tengok blog pon dah tau ye dak ?
ira pernah cakap dengan abang ira,
"kak ira,nak beli kereta lepas tu kaler dia warna pink dengan orange"
abang ira cakap,
"ira,kau nak sambut deepavali ke hapeh !"
cet ! apa punya abang tuh !

~ ira suka layan cerita barbie,
hihi,umur dah berapa pon nak layan fairy tale lagi..
ufth ! ira tak boleh jadi princess so,tengok pon jadiklaa..
ira ada collection ! hihi

~ ira akan tetibe excited bila tengok bola dengan badminton !
lagi-lagi berkaitan Malaysia..
memang semangat sampai menjerit,melompat... hihi
ayah ira berapi je bila tengok dengan anak dia yang sorang ni,hehe

~ ira suka sangat cakap sorang-sorang.
sampai ada orang cakap ira gila !
sampai ira dah kena bagi ceramah pon ada..
adeh,bukan apa abang,adik,kakak yang sudi bagi ceramah tuh,
tapi ira nak ingatkan diri sendiri je..
nothing more,nothing less ! ceh ! hihi

~ ira ada matlamat pelik..
matlamat ira salah satunya nak panjat menara polis..
yang warna biru tuh la kan ?
kena jadik polis lah dulu kan kalau nak naik sangat.
tapi,dengan ketinggian yang tak cukup inci,
dan tahap kerabunanku ini !
macam dapat pulak !
hye hye bye bye lahhh to menara.

~ ira suka pukul orang tetibe.
nasiblah sape yang duduk sebelah ira,
balik rumah,lebam tangan diaorang dibuat dek ira,
nasib baik diaorang tak mengadu dekat mak bapak diaorang..
apa den nak jawab nanti ??????

~ ira akan digelak orang bila cakap ala-ala miss universe tuh !
lembut-lembut..
bukan apa,ira ni 'gile' n 'brutal'
so,kengkawan dengan muka selamba badak pi gelak !
cet ! apa punya geng ni !

~ ira akan menangis bila tengok orang lain menangis.
dalam brutal-brutal den menangis jugak ?
haish ! jatuh standard !
tapi ira memang macam ni,
even,tengok budak-budak nangis
sebab kena pukul dengan mak diaorang..
ira ikut menangis jugak..
sensitip !

~ ira tak reti marah orang.
huh ! nak nangis betul !
yang kena marah tuh bukan takut,tapi diaorang makin gelak !
cet ! kuang asam korang !
takpe,akan ku pertingkatkan.. ceh !

~ ira tak boleh dengar,tengok or cerita pasal satu binatang ni
naik bulu roma ! eeeiii..
ular ! fobia..
ok stop ! tak boleh cerita lagi..

~ ira friendly habis dekat alam maya ni,cehh..
tapi bila jumpa depan-depan ira lah manusia paling pemalu sekali..
yang boleh keluar dalam mulut ira ni cuma 'ha ? ye.. ok,tak,emmm'
ala-ala,tikus paling kiut depan kucing..
aiseh !

~ ira tak suka durian..
why ? kenapa ? wae ?
emm,entahlah..
mak cakap ira sombong tak nak makan durian !
eh,mak ! mana ade..
macam tak kenal je anak comel  mak yang sorang ni. hihi

~ ira cerewet !
pernah nak beli barang.
huii,lama gila wey..
kesian akak sorang tuh,bosanla kot tunggu budak sorang ni.
tapi memang tabik,walaupon lama dia tetap tunggu ..
tapi dalam hati hanya dia je yang tau..
sorry ye kak..

~ ira ada mood pelik-pelik.
bila moody,ades..
masam gile mengalahkan asam dekat rumah ni.
orang nak tegur pon kena fikir 18 ratus kali.
tapi bila da happy sangat..
sampai menari,buat tarian sendiri,
membebel je 24 jam !
gelak tak kira masa.

~ ira suka kacau orang,
nak hilangkan kebosanan dan jugak nak bisingkan tempat yang sunyi tuh !
ira memang suka huru-harakan majlis !
bila kena marah ? apa lagi,buat muka selamba then blah laa..
adoi,zalim bebeno rasanya..

~ira suka layan cite kartun jepun !
macam one piece,fairy tale..
hagemaru pon tak terkecuali ! hihi

~ ira suka melalak sorang-sorang !
nyanyi lah lagu ape-ape,
melayu,inggeris,korea,jepun,kekadang terselit hindustan.
tapi bila rasa macam sinar keinsafan tuh dah ada..
terus tukar lagu nasyid ! haha

eh ! kenapa terlebih satu ni...
excited sangat lah kott..

dah follow dan like !




















da abisss~
tak reti edit bagai,so sangatlahh huduh !
tenkiu ! done n tata !
























♥ Terima Kasih Sudi Baca..Feel free to Drop Your Comment ♥

6 comments:

gades pelik said...

hik3 kita ada persamaan..yang pendiam tuh mmg ye..tp yang barbie tuh~ barbie itu comel kan..cakap sorang sorang mmg best..sampai rumet pun bengang..kui3

Miss Nadya said...

mmg panjang lebar..terbaik..akak tak takut katak..:)

lagi suka pegang..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

xleh duk sblah ira la gtu kan..hikhik..

Nisa Greennnpanda said...

aih..same la kite..bnci gile ngan katak..
semlm br aje lari pas tgk katak, huhu~... "-_-

FAIZ FAKHIRIN said...

banyaknya pages...1 jer xder...google+ pages..hehehe..

fiQ'Ra said...

“ Pelik VS comel “

Gud luck dear ♥